Khamis, 17 Mac 2011

Bahasa Melayu

Assalamualaikum semua!

Kali ni jom bersama-sama cikgu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Di sini, cikgu hanya ingin berkongsi pengalaman berhubung mengapa masih ramai murid-murid sekolah rendah masih tidak boleh membaca walhal mereka telah pun mula belajar membaca semenjak di Tadika lagi! Setiap manusia dilahirkan tidak sama dari segi apa pun. Ada yang dilahirkan sedia cerdik, ada yang perlu sedikit bimbingan dan ada juga yang agak lemah, tetapi masih boleh berjaya sebenarnya! setiap daripada kita sebenarnya ada potensi diri untuk berjaya. Hanya terletak pada kita untuk membuat pilihan. Justeru, cikgu berharap sekiranya ada yang masih belum boleh membaca walaupun telah berada di tahun 4, 5, dan 6 (berdasarkan pengalaman cikgu), maka anda masih boleh mengubah diri anda! Untuk itu, andalah yang kena berusaha gigih bukan orang lain. Apa yang perlu anda lakukan? Anda perlu rajin mengeja suku kata mudah yang boleh anda lihat di surat khabar, majalah kegemaran anda ataupun buku teks yang anda pinjam! Percayalah, sekiranya anda rajin melakukannya setiap hari tanpa jemu dan jika anda tidak tahu boleh minta pertolongan daripada ahli keluarga anda, rakan baik anda ataupun guru, maka insya-allah anda akan boleh membaca juga pada suatu hari nanti. Cara ini cikgu praktikkan kepada anak-anak cikgu sendiri yang tidak pernah belajar di Tadika seperti anak-anak orang lain juga kepada murid-murid cikgu khususnya yang pernah cikgu ajar semasa mereka berada di tahun 1, dan 2 sama ada di Serting, TTDI Jaya dan di Saujana Utama. Kepada ibu bapa, rakan berilah sokongan kepada mereka ini kerana mereka juga patut diberi ruang dan peluang. Hanya dengan kemahiran membaca, barulah kita boleh berjaya menimba ilmu dan menjadi insan yang dihormati sepertimana anjuran agama Islam yang menitikberatkan soal membaca sehingga ayat pertama al-Qur'an adalah tentang membaca, iaitu 'Iqra' - Bacalah ... . Cikgu harap anda tanamkan azam untuk boleh membaca walaupun bermula dengan sedikit demi sedikit ... yang penting ia berterusan dilakukan.

Selasa, 15 Februari 2011

SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU

SEMOGA BLOG CIKGU INI DAPAT MEMBANTU MURID-MURID SEMUA. SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA SELEPAS MEMBUKA BLOG INI. TERIMA KASIH.